Venue: Premiera Hotel, Kuala Lumpur
















Fara Fauzana juga telah dianugerah Ijazah Kehormat Sarjana Komunikasi Massa dari Geomatika Universiti College






Alhamdulillah selesai sudah majlis konvokesyen geomatika universiti college pada 1 november lepas bertempat di premiera hotel, kuala lumpur,
Dalam majlis konvokesyen pertama GUC setelah dinaik taraf sebagai kolej universiti, seramai 636 graduan telah menerima diploma dan 268 graduan dianugerahkan siji kemahiran malaysia (SKM) dalam perbagai bidang.
GUC turut menganugerahkan lima ijazah kerhormat kepada individu yang banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat, university dan negara.
Tokoh terbabit ialah :
1. Tan Sri Dr Zulhasnan Rafique – Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik
2. Prof Datuk Naim Mohamad – Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Sukan
3. Dr. Nor Yasmin Jamaludian – Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan
4. Farah Fauzana Mohd Fadzil – Ijazah Kehormat Sarjana komunikasi Massa
5. Khalil A.A Elshebli – Ijazah kehormat Sarjana Pengurusan Perniagaan
Fara Fauzana meluahkan rasa gembira dan berterima kasih dengan ijazah yang diterima dan berharap beliau boleh terus menjadi inspirasi. Oh ya, ijazah tersebut dianugerahkan oleh Geomatika University College.
“As said earlier saya tidak ke kelas. Saya pernah cuba untuk sambung pengajian peringkat master pada tahun 2004 namun disebabkan kekangan masa maka semua terhenti disitu”
“How do I get this master? Maybe ada yang memerhati sebab bila saya bekerja tidak pandang ke lain sisi kerana focus pada tugasan diberi. Alhamdulillah dan terima kasih kerana diri dihargai agar dapat memberi inspirasi kepada mereka yg masih mencari,” luah Fara Fauzana.
Tahniah buat Fara Fauzana atas pengiktirafan ini. Semoga lebih sukses selepas ini.
No comments:
Post a Comment